Kanak-kanak perlu bantuan dan sokongan dari orang dewasa semasa membesar. Ibu bapa perlu belajar bagaimana perkembangan kanak-kanak berlaku dan bagaimana kanak-kanak belajar.
Pages
Sunday, December 26, 2010
Kanak-kanak takut dengan gurauan berupa ancaman
Kanak-kanak melihat perbarisan dengan begitu teruja! Mereka cuba menyentuh dan mengusap gajah. Ada juga yang takut dengan gajah! Bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa!
Kanak-kanak juga suka dengan perbarisan Red Indian. Mereka menghulurkan tangan kepada Red Indians yang sedang berjalan di hadapan mereka. Red Indians pun berjabat tangan dengan kanak-kanak! Wah seronoknya kanak-kanak!
Tiba tiba ada seorang Red Indian memegang tangan salah seorang kanak-kanak
( berumur lebih kurang 6 tahun),dan berpura pura menghayun kapak yang dibawanya seolah olah hendak menetak tangan kanak-kanak tersebut. Saya tahu dia hanya bergurau tetapi kanak-kanak tersebut terkejut dan mula menangis ketakutan. Parade terus berjalan sampai habis.
Apakah kesan yang ditinggalkan oleh tindakan Red Indian tersebut kepada kanak-kanak tersebut? Apakah gurauan begini perlu diadakan di parade ini? Atau mungkin pekerja-pekerja yang terlibat dalam parade ini perlu menghadiri bengkel atau taklimat tentang perkembangan kanak-kanak?
Bukan sahaja mereka tetapi sesiapa sahaja yang berurusan dengan kanak-kanak sama ada polis,doktor, jururawat, peguam, clowns, dll, mesti memahami perkembangan kanak-kanak kerana ini akan membantu mereka mendekati kanak-kanak dengan cara yang baik dan tidak meninggalkan kesan kesan buruk pada perkembangan kanak-kanak.
Saturday, December 25, 2010
Main muzik chair tanpa menyingkir kanak-kanak
Baru baru ni saya telah facilitate ujian amali KAAK yang di anjurkan oleh Kreatif Partners di Kuantan.Ujian amali untuk group saya telah berjalan di INTAZ. Tajuk ujian amali kali ini ialah Aktiviti perkembangan Sosio Emosi kanak-kanak di bawah 4 tahun.
Sebelum ujian amali bermula saya telah berikan sedikit taklimat dan berbincang tentang kertas rancangan pelajaran aktiviti peserta. Di antara mereka ada seorang peserta yang membuat aktiviti bermain muzik chair. Objektif aktiviti ini ialah untuk menerapkan nilai dan sikap mematuhi peraturan . Umur kanak-kanak pula ialah baru 3+.
Saya mula rasa tak sedap hati sebab aktiviti ini bakal menyinggung perasaan kanak-kanak. Kanak-kanak memang suka bermain muzik chair,tetapi yang menyedihkan ialah pada pusingan pertama mesti ada seorang kanak-kanak yang tersingkir dari bermain. Yang tersingkir tu akan hanya berdiri dan memerhatikan kanak-kanak lain meneruskan game tersebut. Saya tidak komen apa apa kepada peserta dan telah minta mereka mulakan aktiviti!
Setiap peserta telah bawa pelbagai alat bantuan untuk menjalankan aktiviti . Kanak-kanak pula begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan bersama mereka. Nampaknya mereka memang suka kunjungan pelawat! Kecil kecil dah pandai bersosial!
Tibalah pula giliran Wan Azlina iaitu peserta yang akan jalankan aktiviti muzik chair. Kerusi-kerusi telah diatur , CD player telah di pasangakan . Wan Azlina telah memberi penerangan kepada kanak-kanak tentang permainan dan peraturannya. Kanak-kanak bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan olehnya.
Saya perhatikan dengan hati yang agak skeptical . Muzik dimainkan , kanak-kanak dengan gembira berjalan mengelilingi kerusi yang di aturkan. Tiba tiba muzik berhenti . Wan Azlina menggalakkan kanak-kanak mencari kerusi untuk duduk. Ada di antara mereka cekap dan cepat duduk di atas kerusi. Ada juga yang agak perlahan dan takut -takut , hanya berdiri dan melihat Wan Azlina dengan anticipation. Wan Azlina teruskan dengan galakan sehingga kanak-kanak semua dapat duduk kecuali seoarang sahaja. Kanak-kanak ini kelihatan agak kecil dan wajahnya mula menunjukkan ekspression yang dia kecewa. Saya hanya perhatikan apa yang akan di buat oleh Wan Azlina untuk memahamkan kepada kanak-kanak tentang sikap mematuhi peraturan. Saya agak dia mesti akan meminta kanak-kanak tersebut keluar dari meneruskan permainan kerana dia gagal mendapat kerusi. Tetapi apa yang Wan Azliana buat telah melegakan hati kanak-kanak tersebut dan juga saya !
Apa yang dia telah buat? Dia telah meminta kanak-kanak tersebut duduk di atas riba salah seorang kanak-kanak yang sudah duduk di atas kerusi. Kanak-kanak tersebut duduk dengan gembiranya di atas riba kawannya. Semua kanak-kanak kelihatan gembira. Muzik dimainkan kembali. Semua kanak-kanak termasuk yang tidak dapat kerusi tadi, mula berjalan mengelilingi kerusi dengan penuh excitement! Tiada kanak-kanak yang disingkirkan dari game! Aktiviti telah berjalan terus sehingga akhir dengan gelak tawa riang kanak-kanak.
Cara Wan Azlina jalankan aktiviti muzik chair adalah baik dicontohi oleh pengasuh pengasuh lain. Dengan cara ini kanak-kanak tidak akan rasa kecewa tentang ketidakbolehan mereka dan pada masa yang sama mereka juga dapat memahami sikap mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sudah tentu saya berikan markah tertinggi untuk Wan Azlina!
Indahnya dunia kanak-kanak! Biarkan mereka menceriakan dunia kita!
Wednesday, October 27, 2010
KANAK-KANAK ROHINGYA
Pada bulan Jun 2010 saya telah menyewa sebuah kedai tingkat bawah flat kos rendah di kampung Lembah Jaya Utara Ampang. Alamat: B2, G23, Jalan Lembah Permai 10 Kampung Lembah Jaya Utara Ampang.
Tujuan saya menyewa kedai itu ialah untuk mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak yang terdapat disana. Nak manafaatkan ilmu yang adalah konon! Terdapat empat blok flat kos rendah dan disebelah menghala ke selatan pula terdapat sebuah kampung bernama Sungai Putih. Setelah saya mula beroperasi disini saya dapati penduduk di sini tidak mampu untuk membayar yuran walaupun ianya semurah RM50.00. Saya juga faham terdapat ramai kanak-kanak Melayu disini tidak pergi ke sekolah KAFA. Saya sedang berbincang dengan AJK/pengerusi surau di sini untuk memulakan KAFA bagi kanak-kanak ini.
Pada masa itulah juga saya telah terjumpa dengan kanak-kanak Rohingya yang tinggal di sekitar sini dan terbiar tanpa pendidikan . Mereka ini adalah pelarian yang berhijrah dari Burma dan tidak di akui sebagai rakyat/warga negara oleh Burma. Apabila saya berjumpa dan berbincang seorang wanita Rohingya yang bernama Zabedah saya dapati kaum yang merupakan golongan minority ini sudah semakin jauh dari pegangan agama . Mereka tiada tempat untuk belajar agama / Alquran ataupun pelajaran biasa.Disebabkan terpanggil saya telah mulakan kelas literasi untuk mereka selain dari mengajar agama.
Kelas literasi ini diwujudkan untuk memberi serba sedikit imu celik huruf supaya mereka boleh membaca dan mengira. Sekurang kurangnya mereka tahu mengira dan membaca tanda arah/papan tanda . Di pusat ini ,pada masa ini terdapat 20 orang kanak-kanak yang terdiri dari 5-14 tahun. Ada lagi permintaan untuk masuk tetapi tidak di terima kerana tenaga pengajar tidak mencukupi .
Buat masa ini tenaga pengajar , sewa bangunan dan lain-lain perbelanjaan di tanggung sendiri oleh saya. Kelas dijalankan dari 830 pagi hingga 1030pagi.
Untuk meneruskan aktiviti amal jariah ini dengan lancar pusat ini memerlukan volunteers dan sumbangan dalam bentuk buku dll.
Bahan2 yang yang diperlukan untuk pendidikan
Bukutulis separuh kosong double line 4 x 20=80
buku kotak matematik 1 x20 =20
Iqra/Qiraati 20 set
pensil warna beberapa kotak
watercolor /tempera 2 set botol sederhana ( basic colors)
berus warna 20 batang
bekas untuk warna 4 buah
Saya juga mengalu alukan makanan/ makanan ringan untuk menggembirakan mereka. Sesiapa nak beri sumbangan ubat gigi , sabun mandi dan shampoo pun boleh juga.(hygiene)
Pusat juga mengalu alukan sukarelawan yang sudi menyumbang tenaga sesekali untuk mengajar bersama kanak-kanak ini terutamanya aktiviti pendidikan jasmani.
Friday, October 22, 2010
Pagi rabu lepas , apabila saya sedang mengajar kanak-kanak Rohingya, si Hamzah tiba tiba saja kata,"cikgu ,saya tahu ada satu sekolah baru dekat Ampang ni , marilah kita buat sekolah dekat sana!" Saya terkejut dengan statemen nya, saya pun tanya di mana sekolah tu . Hamzah yang berumur 10 tahun itu dengan penuh semangat jawab " dekat simpang nak pegi ke carrfour ." Saya tidak percaya sebab saya tahu benar tak mungkin ada bangunan sekolah yang kosong di kawasan ini. Dengan penuh semangat dia beri penjelasan lagi . "Sekolah tu dua tingkat, tapi takde orang , tapi ada nombor."
Rakan- rakan Hamzah yang lain semuanya memandang kearah wajah saya dengan penuh harapan. Saya dapat merasakan mereka semua tertunggu tunggu jawapan atau respon saya kepada Hamzah. Saya dah faham bangunan apa yang di maksudkanya, dan detik itu juga saya faham betapa besar harapan dan keinginan Hamzah dan kanak-kanak Rohingya yang lain yang ada dalam kelas saya itu . Apa berdosakah mereka jika teringin nak bersekolah seperti kanak-kanak yang lain? Dengan hati yang pedih saya pun jelaskan kepadanya dan kawan kawanya bahwa itu bukan sekolah tetapi adalah dewan kominti. Sertamerta wahjahnya menjadi suram dan dia terdiam .
Hamzah, macam mana saya mampu penuhi keinginan kau yang nak belajar di sekolah biasa seperti kanak-kanak Malaysia yang lain? Hati saya terasa bagai dihiris, airmata terus menitis. Takmungkin Hamzah, tak mungkin anak Rohingya sepertimu bersekolah seperti itu, kau dan kawan kawan kau yang lain bergelar kanak-kanak Rohingya hanya boleh belajar di rumah kedai yang disewa sahaja! Airmata aku terus mengalir dan mengalir!
Saturday, October 2, 2010
Kematian kanak-kanak di TASKA

Assalamu alaikum.
Baru baru ni ada tersiar berita menggemparkan, kanak-kanak meninggal dunia di TASKA. Berita ini amat menyedihkan kita semua dan rasa kecewa pun ada. Sedih kerana seorang bayi kehilangan nyawa dan dukacita yang di tanggung oleh ibubapa kerana kehilangan cahayamata yang dikasihi.
Mengapa dan Bagaimana peristiwa ini boleh berlaku?Apakah kejadian ini benar benar satu kemalangan atau kecuaian oleh pengasuh? Ini bukan kes pertama seumpama ini berlaku. Kita mesti kaji sebab sebab kejadian begini berlaku.
Ada orang salahkan ibubapa kerana menghantar anak ke TASKA tidak berdaftar, tetapi kita kena ingat, bukan tidak pernah berlaku peristiwa begini di TASKA berdaftar.
Banyak kejadian kemalangan berlaku di TASKA. Ada ibu bapa yang melaporkan dan ada yang tidak dilaporkan kerana kesian dengan pengusaha /pengasuh.
Selain dari kematian ada banyak lagi kemalangan yang berlaku di TASKA seperti, kanak-kanak terjatuh dalam airpanas di bilik mandi, bubur panas tertumpah atas bayi, tertarik cerek airpanas dari atas meja, terjatuh dari buaian,terluka disebabkan pisau / gunting/ benda tajam, tercekik bahan permainan yang terlalu kecil, pencabulan,mati lemas dalam air dll. Kemalangan-kemalangan begini sebenarnya memang dapat di elakkan.
Pengusaha TASKA mesti prihatin tentang tanggungjawab yang di letakkan di tangannya untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di TASKA. Pengusahaan TASKA bukanlah profit making business tetapi ia lebih kepada khidmat kemanusiaan. Sama seperti seorang pemandu bas diberi tanggungjawab dan amanah untuk memandu dengan cermat kerana, nyawa penumpang adalah di tangannya, orang yang menjalankan khidmat TASKA seharusnya sedar dan faham betapa beratnya tanggungjawab mereka. Nyawa yang hilang tidak dapat digantikan dengan apa sekalipun.
Etika kerja pengasuh sebagai seorang professional perlu dibentuk dan hanya orang yang betul betul minat di bidang kanak-kanak sahaja diambil bekerja sebagai pengasuh.
Bertugas sebagai pengasuh adalah amat mencabar dan perlu kepada komitmen sepenuh hati. Janganlah bekerja di TASKA jika didapati tidak minat dan tidak mampu menjaga kanak-kanak dengan baik. Janganlah terima amanah menjaga kanak-kanak dengan tidak memahami apa tanggungjawab yang dipikul. Jangan bekerja sebagai pengasuh hanya kerana nak gaji sahaja. Ibubapa membayar yuran bulanan kerana mereka telah meletakkan nyawa anak mereka dalam tangan pengasuh! Adakah pengasuh sedar akan tanggungjawab itu?
Wednesday, August 4, 2010
RIFLEKS MORO BAYI BARU LAHIR

Bayi yang baru lahir memiliki beberapa rifleks.
Rifleks ialah gerakbalas anggota tubuh badan yang berlaku kepada bayi, tanpa disedari (involuntary movements).
Sebahagian dari gerakbalas ini berlaku secara sepontan sebagai satu gerakan / tindakan yang biasa.Ada sebahagian gerakbalas yang berlaku sebagai respon kepada sesuatu kejadian.
Dengan mengetahui rifleks-rifleks ini kita dapat mengenalpasti jika otak dan saraf bayi sedang aktif secara normal atau tidak.
Sebahagian dari rifleks bayi berlaku hanya pada tempoh masa tertentu dalam perkembangan bayi dan akan hilang selepas satu tempoh usia bayi.
Moro reflex, Root reflex, Tonic neck reflex dan Grasp reflex adalah antara beberapa rifleks biasa yang terdapat pada bayi yang baru lahir.
Rifleks Moro ialah rifleks yang berlaku apabila bayi tersentak / terkejut dengan sesuatu pergerakan yang tiba- tiba berlaku atau mendengar bunyi yang kuat .
Apabila bayi tersentak, tubuh bayi akan bergerak bagai akan tercampak, kepala bayi terjatuh ke belakang dan kedua tangan dan kakinya akan menggapai sejenak , dan menangis, kemudian bayi akan mengembalikan tangan dan kakinya pada kedudukan asalnya. Ini adalah rifleks yang berlaku sebagai respon bayi kepada kejutan yang berlaku padanya.Ada kalanya bayi terkejut dengan tangisannya sendiri dan akan menyebabkan rifleks ini berlaku.Rifleks ini akan ada pada bayi selama lebih kurang lima - enam bulan sahaja. Ia akan hilang selepas itu.
Refleks Root

Refleks ini ialah tindakbalas / gerakan mulut bayi terhadap apa- apa yang mengenai kulit pipinya.Apabila kita meletakkan atau usapkan jari ke tepi mulut bayi, bayi dengan spontan memusingkan kepalanya kearah jari tersebut dan membuka mulutnya. Ini membantu bayi mencari /menjumpai puting susu atau payudara ibu untuk minum susu.
Suck reflex - Apabila bayi bertindakbalas sebagai root refleks ianya bantu dan memudahkan bayi menghisap susu. Apabila lelangit mulut bayi di sentuh ,bayi akan mula menghisap.Refleks ini bermula pada janin yang berumur 32 minggu dalam kandungan dan tidak sempurna/kuat sehingga bayi berumur 36 minggu.
Itulah sebabnya bayi pramasa lemah untuk menghisap susu dengan baik. Bayi-bayi seperti ini biasanya disuapkan oleh penjaga/ibubapa.
Sunday, July 18, 2010
Mengapa kanak-kanak perlu bermain?

Perkembangan yang berlaku semasa kanak-kanak bermain
Semua kanak-kanak yang normal suka bermain. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain. Bermain adalah penting bagi kanak-kanak kerana ia memberi sumbangan kepada perkembangan kanak-kanak dari segi aspek fizikal, akal, bahasa, emosi dan sosial. Bermain merupakan peluang untuk kanak-kanak belajar.
Mari kita bincangkan satu contoh permainan iaitu "pukul berapa datuk harimau?" , permainan ini kelihatan amat mudah , tetapi ia mengandungi banyak faedah yang menyumbang kepada keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak seperti fizikal ,akal,bahasa,sosial dan emosi. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak tiga tahun keatas, dan perlu ada pengawasan dan kawalan orang dewasa supaya tidak berlaku kecederaan.
Sumbangan perkembangan fizikal yang berlaku ialah , kanak-kanak mengimbangi badan , menguatkan otot-otot motor kasar dan motor halus, kordinasi mata dan anggota badan lain.
( Kanak-kanak berjalan di belakang harimau dengan meletakkan dirinya dalam keadaan berwaspada /alert untuk lari dari ditangkap oleh harimau.)

Dari segi perkembangan akal pula, mereka dapat memberi tumpuan kepada permainan, memahami cara dan peraturan permainan dan menyedari fungsi soalan dan jawapan . Mereka juga belajar mengira nombor dan masa mengikut urutan dan kenalpasti masa / jam yang mereka perlu berhati hati iaitu pukul duabelas. Sepanjang permaianan ini, kanak-kanak dalam keadaan alert untuk menghadapi cabaran iaitu penyelesaian masaalah( berpusing dan berlari tepat pada masa sang harimau kejar).
Dari segi perkembangan bahasa, kanak-kanak dapat menambah perbendeharaan kata.Mereka berinteraksi secara aktif sesama mereka, belajar bercakap dan bertanya soalan dan menjangkakan (expect) jawapan untuk soalan yang ditanya.
Emosi kanak-kanak akan menjadi stabil dengan perasaan gembira, puas hati dan seronok.
Kemahiran bersosial akan meningkat semasa bermain dengan rakan-rakan.
Kanak-kanak dapat belajar mengikut peraturan permainan, suka kepada pergaulan , membina yakin diri, bertolak ansur dengan rakan , membentuk harga diri yang tinggi dan menyesuaikan diri untuk bekerjasama dengan rakan-rakan.
Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk bermain dalam apa sahaja keadaan pun.Setiap permainan akan memberi peluang dan sumbangan untuk perkembangan kanak-kanak. Orang dewasa tidak boleh pandang remeh pada pilihan permainan kanak-kanak.
Ada masa permainan yang dipilih olih kanak-kanak berstruktur dan ada masa ia tidak berstruktur. Apa yang penting ialah kanak-kanak bermain. Berilah peluang dan biarkanlah kanak-kanak bermain!