Pages

Wednesday, October 27, 2010


KANAK-KANAK ROHINGYA


Pada bulan Jun 2010 saya telah menyewa sebuah kedai tingkat bawah flat kos rendah di kampung Lembah Jaya Utara Ampang. Alamat: B2, G23, Jalan Lembah Permai 10 Kampung Lembah Jaya Utara Ampang.

Tujuan saya menyewa kedai itu ialah untuk mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak yang terdapat disana. Nak manafaatkan ilmu yang adalah konon! Terdapat empat blok flat kos rendah dan disebelah menghala ke selatan pula terdapat sebuah kampung bernama Sungai Putih. Setelah saya mula beroperasi disini saya dapati penduduk di sini tidak mampu untuk membayar yuran walaupun ianya semurah RM50.00. Saya juga faham terdapat ramai kanak-kanak Melayu disini tidak pergi ke sekolah KAFA. Saya sedang berbincang dengan AJK/pengerusi surau di sini untuk memulakan KAFA bagi kanak-kanak ini.

Pada masa itulah juga saya telah terjumpa dengan kanak-kanak Rohingya yang tinggal di sekitar sini dan terbiar tanpa pendidikan . Mereka ini adalah pelarian yang berhijrah dari Burma dan tidak di akui sebagai rakyat/warga negara oleh Burma. Apabila saya berjumpa dan berbincang seorang wanita Rohingya yang bernama Zabedah saya dapati kaum yang merupakan golongan minority ini sudah semakin jauh dari pegangan agama . Mereka tiada tempat untuk belajar agama / Alquran ataupun pelajaran biasa.Disebabkan terpanggil saya telah mulakan kelas literasi untuk mereka selain dari mengajar agama.

Kelas literasi ini diwujudkan untuk memberi serba sedikit imu celik huruf supaya mereka boleh membaca dan mengira. Sekurang kurangnya mereka tahu mengira dan membaca tanda arah/papan tanda . Di pusat ini ,pada masa ini terdapat 20 orang kanak-kanak yang terdiri dari 5-14 tahun. Ada lagi permintaan untuk masuk tetapi tidak di terima kerana tenaga pengajar tidak mencukupi .

Buat masa ini tenaga pengajar , sewa bangunan dan lain-lain perbelanjaan di tanggung sendiri oleh saya. Kelas dijalankan dari 830 pagi hingga 1030pagi.

Untuk meneruskan aktiviti amal jariah ini dengan lancar pusat ini memerlukan volunteers dan sumbangan dalam bentuk buku dll.

Bahan2 yang yang diperlukan untuk pendidikan

Bukutulis separuh kosong double line 4 x 20=80

buku kotak matematik 1 x20 =20

Iqra/Qiraati 20 set

pensil warna beberapa kotak

watercolor /tempera 2 set botol sederhana ( basic colors)

berus warna 20 batang

bekas untuk warna 4 buah

Saya juga mengalu alukan makanan/ makanan ringan untuk menggembirakan mereka. Sesiapa nak beri sumbangan ubat gigi , sabun mandi dan shampoo pun boleh juga.(hygiene)

Pusat juga mengalu alukan sukarelawan yang sudi menyumbang tenaga sesekali untuk mengajar bersama kanak-kanak ini terutamanya aktiviti pendidikan jasmani.

No comments:

Post a Comment