Pages

Friday, October 22, 2010

Keinginan dan harapan yang tinggi menggunung!

Pagi rabu lepas , apabila saya sedang mengajar kanak-kanak Rohingya, si Hamzah tiba tiba saja kata,"cikgu ,saya tahu ada satu sekolah baru dekat Ampang ni , marilah kita buat sekolah dekat sana!" Saya terkejut dengan statemen nya, saya pun tanya di mana sekolah tu . Hamzah yang berumur 10 tahun itu dengan penuh semangat jawab " dekat simpang nak pegi ke carrfour ." Saya tidak percaya sebab saya tahu benar tak mungkin ada bangunan sekolah yang kosong di kawasan ini. Dengan penuh semangat dia beri penjelasan lagi . "Sekolah tu dua tingkat, tapi takde orang , tapi ada nombor."

Rakan- rakan Hamzah yang lain semuanya memandang kearah wajah saya dengan penuh harapan. Saya dapat merasakan mereka semua tertunggu tunggu jawapan atau respon saya kepada Hamzah. Saya dah faham bangunan apa yang di maksudkanya, dan detik itu juga saya faham betapa besar harapan dan keinginan Hamzah dan kanak-kanak Rohingya yang lain yang ada dalam kelas saya itu . Apa berdosakah mereka jika teringin nak bersekolah seperti kanak-kanak yang lain? Dengan hati yang pedih saya pun jelaskan kepadanya dan kawan kawanya bahwa itu bukan sekolah tetapi adalah dewan kominti. Sertamerta wahjahnya menjadi suram dan dia terdiam .

Hamzah, macam mana saya mampu penuhi keinginan kau yang nak belajar di sekolah biasa seperti kanak-kanak Malaysia yang lain? Hati saya terasa bagai dihiris, airmata terus menitis. Takmungkin Hamzah, tak mungkin anak Rohingya sepertimu bersekolah seperti itu, kau dan kawan kawan kau yang lain bergelar kanak-kanak Rohingya hanya boleh belajar di rumah kedai yang disewa sahaja! Airmata aku terus mengalir dan mengalir!

No comments:

Post a Comment