Pages

Saturday, October 2, 2010

Kematian kanak-kanak di TASKA


Assalamu alaikum.

Baru baru ni ada tersiar berita menggemparkan, kanak-kanak meninggal dunia di TASKA. Berita ini amat menyedihkan kita semua dan rasa kecewa pun ada. Sedih kerana seorang bayi kehilangan nyawa dan dukacita yang di tanggung oleh ibubapa kerana kehilangan cahayamata yang dikasihi.

Mengapa dan Bagaimana peristiwa ini boleh berlaku?Apakah kejadian ini benar benar satu kemalangan atau kecuaian oleh pengasuh? Ini bukan kes pertama seumpama ini berlaku. Kita mesti kaji sebab sebab kejadian begini berlaku.


Ada orang salahkan ibubapa kerana menghantar anak ke TASKA tidak berdaftar, tetapi kita kena ingat, bukan tidak pernah berlaku peristiwa begini di TASKA berdaftar.


Banyak kejadian kemalangan berlaku di TASKA. Ada ibu bapa yang melaporkan dan ada yang tidak dilaporkan kerana kesian dengan pengusaha /pengasuh.
Selain dari kematian ada banyak lagi kemalangan yang berlaku di TASKA seperti, kanak-kanak terjatuh dalam airpanas di bilik mandi, bubur panas tertumpah atas bayi, tertarik cerek airpanas dari atas meja, terjatuh dari buaian,terluka disebabkan pisau / gunting/ benda tajam, tercekik bahan permainan yang terlalu kecil, pencabulan,mati lemas dalam air dll. Kemalangan-kemalangan begini sebenarnya memang dapat di elakkan.


Pengusaha TASKA mesti prihatin tentang tanggungjawab yang di letakkan di tangannya untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di TASKA. Pengusahaan TASKA bukanlah profit making business tetapi ia lebih kepada khidmat kemanusiaan. Sama seperti seorang pemandu bas diberi tanggungjawab dan amanah untuk memandu dengan cermat kerana, nyawa penumpang adalah di tangannya, orang yang menjalankan khidmat TASKA seharusnya sedar dan faham betapa beratnya tanggungjawab mereka. Nyawa yang hilang tidak dapat digantikan dengan apa sekalipun.

Etika kerja pengasuh sebagai seorang professional perlu dibentuk dan hanya orang yang betul betul minat di bidang kanak-kanak sahaja diambil bekerja sebagai pengasuh.

Bertugas sebagai pengasuh adalah amat mencabar dan perlu kepada komitmen sepenuh hati. Janganlah bekerja di TASKA jika didapati tidak minat dan tidak mampu menjaga kanak-kanak dengan baik. Janganlah terima amanah menjaga kanak-kanak dengan tidak memahami apa tanggungjawab yang dipikul. Jangan bekerja sebagai pengasuh hanya kerana nak gaji sahaja. Ibubapa membayar yuran bulanan kerana mereka telah meletakkan nyawa anak mereka dalam tangan pengasuh! Adakah pengasuh sedar akan tanggungjawab itu?

No comments:

Post a Comment