Pages

Sunday, December 26, 2010

Kanak-kanak takut dengan gurauan berupa ancaman

Baru baru ni kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka . Teringin sangat nak bagi anak tengok pertunjukan safari, cow boy town dan lain lain lagi. Pada malam tersebut kami pun tunggulah parade yang di adakan. Macam macam yang ada dalam perbarisan parade. Ada gajah, ayam, kuda, clown, Red Indian yang menunggang kuda dengan laju,Red Indian yang berjalan kaki dll.
Kanak-kanak melihat perbarisan dengan begitu teruja! Mereka cuba menyentuh dan mengusap gajah. Ada juga yang takut dengan gajah! Bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa!

Kanak-kanak juga suka dengan perbarisan Red Indian. Mereka menghulurkan tangan kepada Red Indians yang sedang berjalan di hadapan mereka. Red Indians pun berjabat tangan dengan kanak-kanak! Wah seronoknya kanak-kanak!

Tiba tiba ada seorang Red Indian memegang tangan salah seorang kanak-kanak
( berumur lebih kurang 6 tahun),dan berpura pura menghayun kapak yang dibawanya seolah olah hendak menetak tangan kanak-kanak tersebut. Saya tahu dia hanya bergurau tetapi kanak-kanak tersebut terkejut dan mula menangis ketakutan. Parade terus berjalan sampai habis.

Apakah kesan yang ditinggalkan oleh tindakan Red Indian tersebut kepada kanak-kanak tersebut? Apakah gurauan begini perlu diadakan di parade ini? Atau mungkin pekerja-pekerja yang terlibat dalam parade ini perlu menghadiri bengkel atau taklimat tentang perkembangan kanak-kanak?

Bukan sahaja mereka tetapi sesiapa sahaja yang berurusan dengan kanak-kanak sama ada polis,doktor, jururawat, peguam, clowns, dll, mesti memahami perkembangan kanak-kanak kerana ini akan membantu mereka mendekati kanak-kanak dengan cara yang baik dan tidak meninggalkan kesan kesan buruk pada perkembangan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment