Pages

Wednesday, January 26, 2011

Sikap belas kasihan Fadhlullah

Sekejap tadi kami tiga bearanak tengah makan dinner! Di rumah kamilah, bukan di hotel ! Ikan Nyoknyok masak tauchoo dengan cili api, kobis panjang goreng ngan kunyit( sekarang ni saya selalu tambah kunyit dalam masakan sebab, baru baru ni saya dengar ada bahan anti kanser payudara dalam kunyit!) ulam timun dan bunga kailan goreng. Tak tau nak kata Chinese cuisine ke, Indian cuisine atau Malay Cuisine! Nasib baik suami saya tak cerewet tentang makan.
Suami saya suka makan di rumah, tak macam saya suka makan kat kedai mamak , khasnya Roti Nan dan ayam tanduri dengan kuah kacang dal .Seminggu sekali mesti cari punya!

Saya dan suami saya sedang berbual macam biasa . Anak kami Fadhlullah kelihatan agak murung. Saya terfikir mungkin dia letih menghadiri kelas tambahan kerana tahun ini dia akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya tidak bertanya apa apa hanya mencedukkan lauk kedalam pinggan nasinya. Sambil makan dia panggil saya untuk menceritakan sesuatu.


Memang biasa kami berbual pelbagai perkara semasa makan. Saya mendengar apa yang diceritakan. Ah! seperti biasa pasal kawan kawan di sekolah! Saya terfikir tak mungkin sesuatu yang begitu penting lalu saya alihkan perhatian saya kepada suami saya yang sedang bercakap. Fadhlullah kelihatan tersinggung. Dia berkata kepada ayahnya, " let me talk first". Suami saya diam sebentar. Fadhlullah sambung cerita pasal kawan nya. " mum do you remember the boy I always walk home with? Dalam hati saya, aduh pening kepala aku , Boy yang mana satu ni? Bagilah tau nama kawan. Yang sebenarnya saya tidak begitu bersedia untuk soalan soalan yang mencabar begini terutamanya pada waktu makan malam ! Dia pun sebut nama kawannaya. Suami saya cuba menyambung perbualan. Fadhlu terus membentak "Appa ,I'm talking to mum right?" Wah, itu amaran keras nampaknya! Suami saya biarkan dia bercakap.

" Ustazah said, he is the most hard working boy but he cannot sit for UPSR examination, and when the boy heard that, he started to cry. You know, he never cried for anything ,but today I saw him crying".
Saya tersentak mendengar statmennya. Saya tahu murid itu adalah warganegara Indonesia. Ayahnya adalah seorang buruh binaan. Walaupun buruh binaan dia masih hantar anaknya kesekolah agama swasta . Mungkin sekolah kerajaan tidak menerimanya. Fadhlullah selalu juga ceritakan tentang kawan dia yang dhaif ini yang datang ke sekolah dengan serba kekurangan tetapi tidak pernah merungut seperti anak -anak orang berada. Saya bertanya apa yang berlaku apabila dia menangis, murid murid lain buat apa. Kata Fadhlullah semua kawan kawan cuba memujuk nya. Ah... lega saya mendengarnya.
Saya pun mulalah kuliah saya, " Itulah hakikat, di dunia ini ramai lagi orang yang susah macam kawan awak tu! Cuma kau belum jumpa orang susah bla...bla....bla... " Fadhlullah menyambung lagi, "He is a very good boy, I never seen...." dia sebak dan tidak boleh bercakap, terus menundukkan muka kedalam pinggan nasi dan diam sekejap. Saya tergamam. Saya tahu dia sedang berusaha untuk tidak menangis. Faham fahamjelah ,dia seorang budak lelaki berumur 12 tahun!!! A complete man !
Dalam pada masa yang sama saya pandang kearah suami saya dengan kebimbangan ,takut takut suami saya akan bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaannya. Suami saya pun kelihatan tergamam juga! Nasib baik dia diam.

Kedengaran Fadhlullah menangis teresak esak. Saya tahu dia malu untuk menangis di hadapan kami tetapi, dia tidak dapat mengawal perasaan sedih apabila teringatkan kawannya yang dhaif. Saya terus memeluknya dan biarkan dia menangis sepuas hatinya. Hanya itu saja yang saya mampu buat! Ini adalah satu situasi yang luarbiasa. Seorang anak remaja menangis teringatkan masaalah kawannya , pada waktu makan malam bersama keluarga dan saya seorang ibu yang tidak tahu bagaimana nak memujuknya!

Begitulah peristiwa yang berlaku di rumah saya malam tadi! Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kesedaran kepada anak saya tentang kesusahan orang lain. Alhamdulillah. Apalah ertinya manusia jika hatinya keras macam batu? Saya harap dia akan kekalkan sikap belas kasihannya sampai bila bila. I am so proud of you my baby! May Allah bless you with victory in this world and hereafter!

No comments:

Post a Comment