Pages

Tuesday, October 3, 2017

Pola perkembangan fizikal anak tidak boleh diganggu.

Assalamu alaikum dunia!

IBU BAPA, MARI BELAJAR PERKEMBANGAN FIZIKAL BAYI ANDA!

Bayi dalam perut ibu, melalui tumbesaran dan perkembangan secara berperingkat selama sembilan bulan. Ada tak sesiapa boleh percepatkan tempoh perkembangan bayi dalam perut ibu?

Bayi yang sudah keluar dari perut ibunya juga mesti melalui TAHAP2 PERKEMBANGAN atau MILESTONES fizikal.

Dalam pattern perkembangan fizikal bayi, kepala dan bahagian atas badan bayi menjadi kuat dulu, sebelum mencapai kekuatan di bahagian badan bawah hingga ke kaki.

Meniarap, menyusur, merangkak, berdiri, bertatih, berjalan, berlari, melompat, semua ini ada urutan dan tempoh masa bagi perkembangannya.

Ibubapa boleh bantu perkembangan tetapi tidak boleh mempercepatkannya kerana perkembangan dan tumbesaran anak manusia telah disusun dengan pola dan ukurannya tersendiri.

Alquran juga ada menyebutnya. Kita tak perlu melawan pola susunan fitrah, hanya kerana nak menunjuk2 kebolehan anak kita.

Ibubapa yang tak sabar dengan tempoh perkembangan anak, lalu melakukan bermacam perkara, untuk mempercepatkan kemahirannya, boleh jadi menjejaskan perkembangan anak.

Ibubapa perlu belajar perkembangan kanak2 untuk membantu anak mencapai potensinya, bukan mendesak perkembangan mengikut trend  iklan.

🌷Gateway to Jannah
🌷Auntie Saras aka Khadijah

No comments:

Post a Comment