Pages

Wednesday, December 11, 2013

Cerita saya pasal melawat Melaka belum habis lagi!

Pada sebelah pagi pulak kami telah bersedia untuk menonton drama cowboy yang entah apa namanya saya dah lupa. Tapi saya faham watak watak ceritanya terdiri dari red Indians, orang putih,Sherif,orang jahat,seorang wanita yang jadi rebutan dan seorang badut.

Drama ini penuh dengan keganasan tembak menembak, serang menyerang dengan senjata, berkelakuan tidak sopan dengan wanita, minum arak,dll. Ianya ditunjukkan berulang-ulang sampailah habis persembahan. 

Dari bermula hinggalah berakhir,persembahan drama ini tidak beri apa apa input yang positif kepada kanak-kanak malah telah memperbodohkan kanak-kanak. Drama 'cowboy town'  ini bukan saja tidak menyumbang kepada pembelajaran kanak-kanak tetapi telah menyalurkan mesej bahawa keganasan adalah perkara biasa dan lawak jenaka yang boleh diamalkan oleh sesiapa..

Saya rasa kesal benar apabila melihat sikap orang Malaysia menghiburkan kanak-kanak. Orang Malaysia masih menganggap kanak-kanak sebagai warga 'second class' yang tidak perlu kepada aktiviti berkualiti.
 
Malaysia inginkan pemuda pemudi yang cemerlang dari segi pemikiran, sahsiah, akhlak dan  menghormati budaya serta memiliki nilai-nilai yang murni. Jika anak-anak kita didedahkan dengan pertunjukkan yang bertaraf rendah sebegini bagaimanakah kita boleh harap mereka menjadi anak bangsa yang berfikiran cemerlang?

Pihak penganjur aktiviti cuti di Melaka ini, seharusnya berusaha untuk memberi pendekatan yang lebih professional untuk menghiburkan kanak-kanak. Kanak-kanak Malaysia berhak untuk mendapat hiburan bercirikan mesra kanak-kanak (child friendly) dan mengandungi pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.




Di masa hadapan saya akan bawa anak saya ke Melaka untuk percutian insyaAllah, tetapi kami tidak akan pergi ke cowboy town!






No comments:

Post a Comment