Pages

Friday, July 16, 2010







HARI PENUTUP KAAK DI PEPENTA


Hari ini saya telah hadiri majlis penutupan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di PEPENTA yang terletak di Wangsa Maju. Kursus ini adalah syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi sesiapa yang ingin bekerja sebagai pengasuh atau pengusaha TASKA.


Dalam ucapan perasmian penutupan, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Wilayah Persekutuan, En.Nik Mohamad Arif telah memberi nasihat kepada peserta- peserta supaya mencari lagi ilmu dan meningkatkan mutu pengasuhan di TASKA masing masing.

Menurut beliau hasil pengasuhan kanak-kanak di TASKA pada hari ini, akan dapat dilihat hanya selepas 15 tahun lagi. Hanya pengasuh yang professional yang berkualiti dapat menghasilkan modal insan yang berkualiti yang diperlukan oleh negara.

Pengasuh mempunyai tanggungjawab dan kemampuan untuk membentuk generasi yang sihat dan bersih dari gejala sosial yang sedang berleluasa.Kata- kata Encik Nik telah menaikkan semangat peserta- peserta kursus untuk menjadi pengasuh-pengasuh professional dan berdedikasi.


PROFESSSION PENGASUHAN
Pengasuhan kanak-kanak adalah satu profession yang sering dipandang sebagai tidak penting oleh segelintir masyarakat. Mereka beranggapan, pengasuh yang bekerja di TASKA tidak mempunyai pendidikan yang tinggi maka dia adalah orang yang tidak penting dalam pembangunan negara.

Apabila ibubapa mendaftar anak mereka di sesebuah TASKA, secara otomatik termeterai satu perjanjian( di antara ibubapa dan TASKA) bahawa mereka yakin dan telah menyerahkan anak mereka kepada pengasuh /TASKA untuk diasuh dan dididik. Perjanjian ini mungkin tidak disebut dalam polisi TASKA tersebut. Tetapi itulah hakikatnya!

Menyedari hakikat ini golongan pengasuh hendaklah mempertingkatkan mutu perkhidmatan di TASKA mereka.

Seorang pengasuh seharusnya merupakan seorang individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Pengasuh beginilah yang akan menghasilkan modal insan yang memiliki personaliti unggul.

No comments:

Post a Comment