Pages

Friday, June 18, 2010

Keengganan kanak-kanak membuat aktiviti di TASKA


Saya baruje balik dari bagi ceramah kursus asas asuhan kanak-kanak di Kreatif Partners!
Tajuk ceramah hari ini ialah merancang jadual aktiviti kanak-kanak di TASKA. Ini adalah antara salah satu tajuk ceramah yang saya suka.

Semasa perbincangan tersentuhlah pulak pasal kanak-kanak yang tak suka membuat aktivitidi TASKA. Mengapa terdapat kanak-kanak yang tidak minat untuk membuat aktiviti? Mereka lebih suka tengok orang lain bernmain,tetapi tidak mahu mencuba sesuatu aktiviti walaupun aktiviti yang disediakan di TASKA sangat menarik.

Keengganan kanak-kanak bermain atau buat aktiviti adalah disebabkan pengalaman yang dia perolehi sebelumnya.


Contohnya seorang kanak-kanak yang berumur 1 tahun sedang mencuba dengan bersungguh sungguh untuk menaiki anak tangga di rumah, tiba tiba datang si ibu lantas mendukung anaknya supaya anak itu tidak boleh naik tangga. Si anak meronta- ronta untuk pergi ke tangga , tetapi si ibu kata "ish ish degilnya budak ni!".

Bayangkanlah diri kita di tempat kanak-kanak itu!!! . Ibu itu telah berjaya menghalang dan mempersiakan usaha kanak-kanak itu tanpa menyedari bahawa tindakannya itu boleh mengelirukan kanak-kanak itu.


Perkara begini disebut dalam theory Erik Erikson sebagai Autonomy versus shame and doubt. Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun biasanya akan mula menyedari kebebasan kuasa mutlak dan kebolehan yang dia miliki untuk bertindak/meneroka persekitarannya. Pada masa ini mereka akan membuat bermacam perkara mengikut kesedaran kebebasan atau kuasa mutlak yang dimilikinya. Contoh: Memanjat atas meja, mencuba memegang kipas,tarik kerusi atau meja, gunting kain langsir, mengeluarkan bunga yang diletak dalam pasu, mengoyak surat khabar,menuang air di atas lantai dll. Apabila tindakan kanak-kanak dihalang selalu atau dihukum dengan keras maka kanak-kanak itu akan menjadi keliru, iaitu antara rasa malu dan ragu ragu. Kanak-kanak itu tidak mungkin faham apa sebab dia dihukum. Seharusnya orang dewasa memberi penjelasan yang positif dengan penuh kasih sayang.

Pengalaman begini akan meninggalkan kesan didalam jiwa mereka. Itulah sebabnya apabila pengasuh hendak buat aktiviti di TASKA, kanak-kanak ini tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti itu.

Apabila kanak-kanak cuba meneroka sesuatu, orang dewasa seharusnya membantu dan menyokong kanak-kanak itu.

No comments:

Post a Comment