Pages

Tuesday, June 29, 2010

Kebijaksanaan kanak-kanak




Setiap bayi lahir ke dunia dengan berbekalkan satu darjah intelligensi yang tertentu. Sekiranya darjah intelligensi itu dipupuk dan disokong dengan baik, maka kanak-kanak itu akan membesar dengan kebijaksanaan yang cemerlang dan seterusnya begitulah sebaliknya. Semakin kanak-kanak itu membesar, darjah/tahap kecerdasan tersebut bertambah ataupun berkurang mengikut pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak itu di persekitarannya.

Jika kanak-kanak itu diberi peluang meneroka persekitarannya dengan bebas dan dibantu atau sokong oleh orang dewasa yang mengasuhnya kanak-kanak itu akan dapat mengutip dan mengumpul banyak maklumat yang menjadikannya lebih bijak. Apa yang dimaksudkan membantu ialah, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak dan memberi kebebasan untuk dia meneroka.

Kanak-kanak belajar melalui bermain secara semulajadi

Kanak-kanak dibawah tiga tahun boleh dikatakan darjah intelligensinya amat tinggi dan mampu mempelajari sesuatu perkara dengan mudah dan tanpa dia sedar bahawa dia sedang mempelajarinya.

Contohnya seorang kanak-kanak berketurunan Jepun , berumur tiga tahun kebawah, diletakkan dalam sebuah keluarga berketurunan Afrika selama dua tahun , kanak-kanak itu akan dapat menguasai bahasa dan amalan budaya orang Afrika tanpa perlu diajar oleh sesiapa. Otaknya menyerap bahasa dan amalan budaya yang terdapat di persekitarannya tanpa disedari olehnya. Sebaliknya jika seorang dewasa berketurunan Jepun , berumur duapuluh tahun, diletakkan di persekitaran yang sama selama dua tahun, kemungkinan dia menguasai bahasa dan amalan budaya yang baru itu adalah amat tipis. Nah sekarang anda buat keputusan, siapakah yang lebih bijak?!!!

Kemampuan kanak-kanak membentuk dirinya sendiri!

Proses perkembangan yang berlaku kepada seorang kanak-kanak semenjak lahir adalah amat menakjubkan!
Apabila bayi lahir dia tidak mampu berbuat apa apa, tetapi bayi itu mempelajari sesuatu dengan sendiri dari awal lagi, berfungsi secara bersendirian untuk bermanupulasi, berjalan, bercakap, memikir dan memandu dirinya sendiri ke arah yang dikehendakinya. Proses ini berlaku bukan kerana orang dewasa yang mengajarnya ,tetapi bayi itu sendiri yang membentuk dirinya sepertimana yang dikehendaki olehnya.

Jangan lebel kanak-kanak sebagai pintar atau bodoh

Seringkali orang dewasa menjadi penghalang kepada perkembangan kanak-kanak kerana mereka sangka bahawa perkembangan kanak-kanak ialah satu proses pendidikan. Mereka selalu suka mengajar secara paksa seolah olah menyuruh kanak-kanak cepat jadi pandai. Ibubapa dan pengasuh juga suka membandingkan kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Sikap begini boleh menyebabkan ibubapa atau pengasuh memaksa kanak-kanak membuat aktiviti yang mungkin kanak-kanak tidak menyukai.
Sumbangan Pembelajaran Dijangka boleh berlaku hanya apabila kanak-kanak bermain sambil merasa gembira. Apabila kita mendesak atau memaksa kanak-kanak membuat aktiviti ianya akan mengakibatkan kanak-kanak merasa tertekan walaupun dia tidak tahu menyuarakannya.

Ibubapa biasanya gembira melihat kad laporan TASKA/TADIKA anak mereka menunjukkan markah 'cemerlang' dalam ruang penilaian perkembangan.
Adalah tidak perlu pemarkahan/grade penilaian seperti (Amat lemah,Lemah, Tidak memuaskan, Kurang baik dll) yang di beri oleh pengasuh/guru terhadap kepintaran seseorang kanak-kanak. Laporan perkembangan adalah memadai. Ibubapa juga janganlah terlalu mendesak pengasuh atau guru TADIKA supaya anaknya cepat di ajar itu dan ini. Kanak-kanak adalah satu organisma yang hidup dan melalui satu corak perkembangan. Apabila sampai masa kematangannya, kanak-kanak akan tetap jadi pintar.

No comments:

Post a Comment