Pages

Saturday, December 21, 2013

Pemikiran logik kanak-kanak

Alhamdulillah. Semalam saya telah berada di PEPENTA Wangsa Maju untuk beri ceramah bertajuk  Awal Matematik dan Pemikiran Logik.

Antara perbincangan yang diadakan bersama peserta kursus ialah teori konstuktivisme Piaget dan teori sosio-budaya Vygotsky. Apa sekalipun kanak-kanak perlu diberi pendedahan, pengalaman, peluang penerokaan dan percubaan ujikaji. Tanpa pengalaman awal sedia ada (prior experince), kanak-kanak tidak akan dapat membina kemahiran berfikir. Apabila tidak ada kemahiran berfikir kanak-kanak tidak boleh membina kemahiran penyelesaian masaalah.


Bukan kanak-kanak sahaja malah orang dewasa pun tidak akan tahu cara penyelesaian masaalah apabila dia tidak ada pengalaman awal. Sebagai contoh kita lihat kisah al-Quran dalam surah al-Maidah ayat 27-31yang menceritakan tentang pembunuhan putra nabi Adam iaitu Qabil dan Habil. Apabila Qabil telah membunuh Habil, dia tidak faham apa yang harus dia lakukan dengan mayat saudaranya. Ini ialah kerana dia tidak pernah melihat pengurusan jenazah sebelum itu.  Akhinya Allah s.w.t. telah mengirimkan dua ekor burung gagak yang bergaduh lantas seekor daripadanya mati. Kemudian burung gagak tersebut telah gali lubang dan mengkambuskan bangkai burung gagak kedalam lubang tersebut. Setelah melihat kejadian itu barulah Qabil faham apa yang perlu dilakukan dengan mayat saudaranya Habil.


Terbukti di sini bahawa pengetahuan awal (prior knowledge) adalah penting untuk menjadi petunjuk dalam orang dewasa menangani sesuatu masaalah yang baru apatahlagi kanak-kanak yang baru sedang membina diri menjadi dewasa. Mereka perlu belajar banyak perkara untuk menjalani hidup ini sebagai orang yang berjaya.


Pengasuh dan ibubapa biasanya akan merasa puas hati dengan kebolehan kanak-kanak menghafal sesuatu perkara. Contohnya seorang kanak-kanak di bawah empat tahun yang mengenali nombor dengan bilangannya sekali. Terdapat kanak-kanak yang boleh  membaca pada awal usia apabila diajar dengan menggunakan kaedah bacaan tertentu. Memang kebolehan hafal itu adalah satu petanda bahawa perkembangan akal kanak-kanak tersebut sedang terbina dengan baik dan daya memorinya bagus.  Hafalan juga merupakan salah satu aktiviti mental tetapi dia bukan kemahiran berfikir. Hafalan dan pemikiran logik adalah dua perkara yang berbeza walaupun kedua-duanya adalah melibatkan perkembangan akal kanak-kanak. Hafalan adalah aktiviti mental mengumpul informasi dan menyimpan dalam memori sedangkan pemikiran logik ialah kebolehan mental untuk mengenalpasti dan menganalisa serta menilai sesuatu perkara seterusnya membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya. 
 

 Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneroka persekitaranya. Pengasuh perlu sediakan pelbagai jenis aktiviti seperti; mengklasifikasi objek, padankan objek, ujikaji penemuan, mengenalkan mereka dengan konsep ruang, masa, urutan, dan lain-lain lagi. Aktivi begini adalah sangat mudah untuk kita lakukan tetapi memberi kesan yang baik kepada perkembangan pemikiran logik kanak-kanak. Ibubapa juga boleh melakukan aktiviti begini bersama anak mereka di rumah.

















No comments:

Post a Comment