Pages

Sunday, July 18, 2010

Mengapa kanak-kanak perlu bermain?






Perkembangan yang berlaku semasa kanak-kanak bermain

Semua kanak-kanak yang normal suka bermain. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain. Bermain adalah penting bagi kanak-kanak kerana ia memberi sumbangan kepada perkembangan kanak-kanak dari segi aspek
fizikal, akal, bahasa, emosi dan sosial. Bermain merupakan peluang untuk kanak-kanak belajar.



Mari kita bincangkan satu contoh permainan iaitu "pukul berapa datuk harimau?" , permainan ini kelihatan amat mudah , tetapi ia mengandungi banyak faedah yang menyumbang kepada keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak seperti fizikal ,akal,bahasa,sosial dan emosi. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak tiga tahun keatas, dan perlu ada pengawasan dan kawalan orang dewasa supaya tidak berlaku kecederaan.



Sumbangan
perkembangan fizikal yang berlaku ialah , kanak-kanak mengimbangi badan , menguatkan otot-otot motor kasar dan motor halus, kordinasi mata dan anggota badan lain.
( Kanak-kanak berjalan di belakang harimau dengan meletakkan dirinya dalam keadaan berwaspada /alert untuk lari dari ditangkap oleh harimau.)



Dari segi
perkembangan akal pula, mereka dapat memberi tumpuan kepada permainan, memahami cara dan peraturan permainan dan menyedari fungsi soalan dan jawapan . Mereka juga belajar mengira nombor dan masa mengikut urutan dan kenalpasti masa / jam yang mereka perlu berhati hati iaitu pukul duabelas. Sepanjang permaianan ini, kanak-kanak dalam keadaan alert untuk menghadapi cabaran iaitu penyelesaian masaalah( berpusing dan berlari tepat pada masa sang harimau kejar).

Dari segi
perkembangan bahasa, kanak-kanak dapat menambah perbendeharaan kata.Mereka berinteraksi secara aktif sesama mereka, belajar bercakap dan bertanya soalan dan menjangkakan (expect) jawapan untuk soalan yang ditanya.

Emosi kanak-kanak akan menjadi stabil dengan perasaan gembira, puas hati dan seronok.

Kemahiran
bersosial akan meningkat semasa bermain dengan rakan-rakan.
Kanak-kanak dapat belajar mengikut peraturan permainan, suka kepada pergaulan , membina yakin diri, bertolak ansur dengan rakan , membentuk harga diri yang tinggi dan menyesuaikan diri untuk bekerjasama dengan rakan-rakan.



Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk bermain dalam apa sahaja keadaan pun.Setiap permainan akan memberi peluang dan sumbangan untuk perkembangan kanak-kanak. Orang dewasa tidak boleh pandang remeh pada pilihan permainan kanak-kanak.
Ada masa permainan yang dipilih olih kanak-kanak berstruktur dan ada masa ia tidak berstruktur. Apa yang penting ialah kanak-kanak bermain. Berilah peluang dan biarkanlah kanak-kanak bermain!

Friday, July 16, 2010







HARI PENUTUP KAAK DI PEPENTA


Hari ini saya telah hadiri majlis penutupan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di PEPENTA yang terletak di Wangsa Maju. Kursus ini adalah syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi sesiapa yang ingin bekerja sebagai pengasuh atau pengusaha TASKA.


Dalam ucapan perasmian penutupan, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Wilayah Persekutuan, En.Nik Mohamad Arif telah memberi nasihat kepada peserta- peserta supaya mencari lagi ilmu dan meningkatkan mutu pengasuhan di TASKA masing masing.

Menurut beliau hasil pengasuhan kanak-kanak di TASKA pada hari ini, akan dapat dilihat hanya selepas 15 tahun lagi. Hanya pengasuh yang professional yang berkualiti dapat menghasilkan modal insan yang berkualiti yang diperlukan oleh negara.

Pengasuh mempunyai tanggungjawab dan kemampuan untuk membentuk generasi yang sihat dan bersih dari gejala sosial yang sedang berleluasa.Kata- kata Encik Nik telah menaikkan semangat peserta- peserta kursus untuk menjadi pengasuh-pengasuh professional dan berdedikasi.


PROFESSSION PENGASUHAN
Pengasuhan kanak-kanak adalah satu profession yang sering dipandang sebagai tidak penting oleh segelintir masyarakat. Mereka beranggapan, pengasuh yang bekerja di TASKA tidak mempunyai pendidikan yang tinggi maka dia adalah orang yang tidak penting dalam pembangunan negara.

Apabila ibubapa mendaftar anak mereka di sesebuah TASKA, secara otomatik termeterai satu perjanjian( di antara ibubapa dan TASKA) bahawa mereka yakin dan telah menyerahkan anak mereka kepada pengasuh /TASKA untuk diasuh dan dididik. Perjanjian ini mungkin tidak disebut dalam polisi TASKA tersebut. Tetapi itulah hakikatnya!

Menyedari hakikat ini golongan pengasuh hendaklah mempertingkatkan mutu perkhidmatan di TASKA mereka.

Seorang pengasuh seharusnya merupakan seorang individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Pengasuh beginilah yang akan menghasilkan modal insan yang memiliki personaliti unggul.

Saturday, July 3, 2010

Khasiat di dalam susu ibu


Zat Lemak

Susu ibu mengandungi zat-zat lemak yang amat penting untuk kesihatan bayi.
Zat-zat lemak diperlukan untuk perkembangan otak, penyerapan vitamin-vitamin (fat- soluble vitamins) dan ianya juga merupakan sumber utama kalori.
Asid lemak (Long chain fatty acids) amat penting untuk perkembangan otak,retina dan perkembangan sistem saraf. Zat -zat lemak ini dibekalkan didalam otak bayi pada peringkat akhir penghamilan dan juga terdapat didalam susu ibu.

Vitamin

Jumlah dan jenis-jenis vitamin yang terkandung didalam susu ibu bergantung pada pengambilan vitamin oleh ibu.Oleh itu adalah penting si ibu mendapat khasiat (nutrition) yang cukup termasuk vitamin-vitamin.

'Fat soluble Vitamin' seperti vitamin A,D,E,K, dan 'Water soluble vitamin'seperti vitamin C,riboflavin,niacin juga merupakan amat penting untuk kesihatan bayi.
Oleh kerana keperluan vitamin-vitamin ini, adakalanya pakar kesihatan atau perunding laktasi akan menasihatkan ibu yang menyusukan bayi supaya mengambil vitamin-vitamin prenatal.

Kabohidrat
Kabohidrat utama yang terdapat didalam susu ibu adalah laktosa. Laktosa merupakan lebih kurang 40% dari keseluruhan kalori yang terdapat didalam susu ibu. Laktosa membantu mengurangkan jumlah bakteria kurang baik didalam perut bayi. Keadaan ini akan memudahkan penyerapan kalsium,phosphorus,dan magnesium. Ia juga membantu melawan penyakit dan pembiakan bakteria baik didalam perut.

Susu ibu adalah susu terbaik

Susu ibu mengandungi kombinasi terbaik terdiri dari ,protin,lemak,vitamin,dan kabohidrat.
Tiada susu yang lebih baik bagi kesihatan si manja kita selain susu ibu.
Leukocytes adalah sel hidup yang membantu melawan jangkitan dan ia didapati hanya didalam susu ibu.
Susu ibu adalah ideal kerana ia mengandungi antibody, sel hidup,enzim dan hormon.
Bahan bahan ini tidak mungkin dapat ditambahkan kedalam susu formula.

Ramai ibu tidak menyusukan bayi dengan susu ibu kerana mereka kurang faham dan tidak mendapat sokongan dan galakan dari keluarga. Masyarakat perlu menggalak dan menyokong penyusuan susu ibu supaya generasi kita di masa hadapan akan hidup sihat.

Friday, July 2, 2010

Penyusuan susu ibu





Penyusuan susu ibu kepada bayi mengandungi banyak kelebihan yang tak terkira. Ianya sumber khasiat nutrisi yang paling tarbaik bagi bayi yang baru lahir.Komponen komponen yang terkandung didalam susu ibu membantu melindungi bayi dari jangkitan dan penyakit.Protin-protin yang terdapat dalam susu ibu mudah hadam berbanding dengan susu formula atau susu lembu .Kalsium dan zat besi didalam susu ibu, menyerap kedalam tubuh bayi dengan mudah.

Komponen yang terdapat dapat dalam susu ibu.

Protin - protin
Susu ibu mengandungi dua jenis protin iaitu casein dan whey. Lebihkurang 60% daripadanya adalah whey,40% adalah casein. Keseimbangan protin -protin ini membantu penghadaman susu dengan mudah dan cepat.Protin protin ini juga mengandungi bahan -bahan pelindung jangkitan yang amat tinggi.

Protin-protin khas yang terdapat dalam susu ibu dan kebaikannya.


  • Lactoferrin menghalang pembiakan bakteria didalam saluran usus( gastrointestinal tract)
  • Secretory IgA juga melindungi bayi dari virus dan bakteria,terutamanya dari kuman-kuman yang bayi dan keluarganya terdedah.Ia juga membantu melindungi dari E.Coli dan alahan -alahan lain.Immunoglobulin yang lain-lain seperti IgG dan IgM, didalam susu ibu juga membantu melindungi dari virus dan bakteria. Ibu yang memakan ikan akan dapat menghasilkan susu yang mengandungi protin-protin ini dalam jumlah yang banyak.
  • Lysozyme ialah sejenis enzaim yang melindungi bayi dari E Coli dan Salmonella. Ia juga menggalakkan pembiakan flora usus yang sehat .
  • Bifidus factor membantu pembiakan lactobacillus. Lactobacillus ialah bakteria baik yang melindungi bayi dari bakteria bahaya .Ia manghasilkan satu keadaan yang berasid supaya bakteria bahaya tidak boleh hidup.