Pages

Sunday, December 26, 2010

Kanak-kanak takut dengan gurauan berupa ancaman

Baru baru ni kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka . Teringin sangat nak bagi anak tengok pertunjukan safari, cow boy town dan lain lain lagi. Pada malam tersebut kami pun tunggulah parade yang di adakan. Macam macam yang ada dalam perbarisan parade. Ada gajah, ayam, kuda, clown, Red Indian yang menunggang kuda dengan laju,Red Indian yang berjalan kaki dll.
Kanak-kanak melihat perbarisan dengan begitu teruja! Mereka cuba menyentuh dan mengusap gajah. Ada juga yang takut dengan gajah! Bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa!

Kanak-kanak juga suka dengan perbarisan Red Indian. Mereka menghulurkan tangan kepada Red Indians yang sedang berjalan di hadapan mereka. Red Indians pun berjabat tangan dengan kanak-kanak! Wah seronoknya kanak-kanak!

Tiba tiba ada seorang Red Indian memegang tangan salah seorang kanak-kanak
( berumur lebih kurang 6 tahun),dan berpura pura menghayun kapak yang dibawanya seolah olah hendak menetak tangan kanak-kanak tersebut. Saya tahu dia hanya bergurau tetapi kanak-kanak tersebut terkejut dan mula menangis ketakutan. Parade terus berjalan sampai habis.

Apakah kesan yang ditinggalkan oleh tindakan Red Indian tersebut kepada kanak-kanak tersebut? Apakah gurauan begini perlu diadakan di parade ini? Atau mungkin pekerja-pekerja yang terlibat dalam parade ini perlu menghadiri bengkel atau taklimat tentang perkembangan kanak-kanak?

Bukan sahaja mereka tetapi sesiapa sahaja yang berurusan dengan kanak-kanak sama ada polis,doktor, jururawat, peguam, clowns, dll, mesti memahami perkembangan kanak-kanak kerana ini akan membantu mereka mendekati kanak-kanak dengan cara yang baik dan tidak meninggalkan kesan kesan buruk pada perkembangan kanak-kanak.

Saturday, December 25, 2010

Main muzik chair tanpa menyingkir kanak-kanak

Assalamu alaikum semua teman - teman! Ah ! lega rasanya boleh buka pintu blog kamianak.blogspot.com! Home sweet home! Almaklumlah November & Disember saya bizi sangat dengan ceramah KAAK!

Baru baru ni saya telah facilitate ujian amali KAAK yang di anjurkan oleh Kreatif Partners di Kuantan.Ujian amali untuk group saya telah berjalan di INTAZ. Tajuk ujian amali kali ini ialah Aktiviti perkembangan Sosio Emosi kanak-kanak di bawah 4 tahun.

Sebelum ujian amali bermula saya telah berikan sedikit taklimat dan berbincang tentang kertas rancangan pelajaran aktiviti peserta. Di antara mereka ada seorang peserta yang membuat aktiviti bermain muzik chair. Objektif aktiviti ini ialah untuk menerapkan nilai dan sikap mematuhi peraturan . Umur kanak-kanak pula ialah baru 3+.

Saya mula rasa tak sedap hati sebab aktiviti ini bakal menyinggung perasaan kanak-kanak. Kanak-kanak memang suka bermain muzik chair,tetapi yang menyedihkan ialah pada pusingan pertama mesti ada seorang kanak-kanak yang tersingkir dari bermain. Yang tersingkir tu akan hanya berdiri dan memerhatikan kanak-kanak lain meneruskan game tersebut. Saya tidak komen apa apa kepada peserta dan telah minta mereka mulakan aktiviti!

Setiap peserta telah bawa pelbagai alat bantuan untuk menjalankan aktiviti . Kanak-kanak pula begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan bersama mereka. Nampaknya mereka memang suka kunjungan pelawat! Kecil kecil dah pandai bersosial!

Tibalah pula giliran Wan Azlina iaitu peserta yang akan jalankan aktiviti muzik chair. Kerusi-kerusi telah diatur , CD player telah di pasangakan . Wan Azlina telah memberi penerangan kepada kanak-kanak tentang permainan dan peraturannya. Kanak-kanak bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan olehnya.

Saya perhatikan dengan hati yang agak skeptical . Muzik dimainkan , kanak-kanak dengan gembira berjalan mengelilingi kerusi yang di aturkan. Tiba tiba muzik berhenti . Wan Azlina menggalakkan kanak-kanak mencari kerusi untuk duduk. Ada di antara mereka cekap dan cepat duduk di atas kerusi. Ada juga yang agak perlahan dan takut -takut , hanya berdiri dan melihat Wan Azlina dengan anticipation. Wan Azlina teruskan dengan galakan sehingga kanak-kanak semua dapat duduk kecuali seoarang sahaja. Kanak-kanak ini kelihatan agak kecil dan wajahnya mula menunjukkan ekspression yang dia kecewa. Saya hanya perhatikan apa yang akan di buat oleh Wan Azlina untuk memahamkan kepada kanak-kanak tentang sikap mematuhi peraturan. Saya agak dia mesti akan meminta kanak-kanak tersebut keluar dari meneruskan permainan kerana dia gagal mendapat kerusi. Tetapi apa yang Wan Azliana buat telah melegakan hati kanak-kanak tersebut dan juga saya !

Apa yang dia telah buat? Dia telah meminta kanak-kanak tersebut duduk di atas riba salah seorang kanak-kanak yang sudah duduk di atas kerusi. Kanak-kanak tersebut duduk dengan gembiranya di atas riba kawannya. Semua kanak-kanak kelihatan gembira. Muzik dimainkan kembali. Semua kanak-kanak termasuk yang tidak dapat kerusi tadi, mula berjalan mengelilingi kerusi dengan penuh excitement! Tiada kanak-kanak yang disingkirkan dari game! Aktiviti telah berjalan terus sehingga akhir dengan gelak tawa riang kanak-kanak.

Cara Wan Azlina jalankan aktiviti muzik chair adalah baik dicontohi oleh pengasuh pengasuh lain. Dengan cara ini kanak-kanak tidak akan rasa kecewa tentang ketidakbolehan mereka dan pada masa yang sama mereka juga dapat memahami sikap mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sudah tentu saya berikan markah tertinggi untuk Wan Azlina!

Indahnya dunia kanak-kanak! Biarkan mereka menceriakan dunia kita!